PERSOALAN

Isu ini sudah lama BASI namun tiada penghujungnya...bila difikirkan semula SALAHNYA SIAPA yang menjadikan ia berlarutan dan berpanjangan. Kegelisahan selama ini menjadi kenyataan...kenapa dan siapa serta dimana dan bagaimana terus bergelut mencari jawapan dan akhirnya jawapan itu sering dicemburui oleh masa yang sedikit atau mungkin tidak pandai mengurus masa. Apa masalah sebenar? Adakah kita tahu masalah kita sebenar. Mengapa perlu jawapan setiap persoalan yang kadang kala merunsingkan pemikiran dan boleh memendekan umur kita. Dalam kelesuan otak berfikir adakalanya kita perlu tekan butang IGNORE dan FORMAT balik database kita dan tidaklah perlu menekan butang refresh. Kegelisahan seorang insan yang bernama guru menjadikan dia dalam dilema dan memerlukan kematangan berfikir secara logik dan berfakta agar tidak menyinggung mana-mana pihak kerana masyarakat hari ini termasuk lah komuniti sekolah mengharapkan sesuatu yang kadang kala tidak terjangkau oleh akal dan mungkin pengurusan diri dan motivasi diri semakin menurun di kalangan guru apabila sering diperlekehkan kononnya tidak mampu buat kerja dengan baik. Tidak semua guru multitasking...bayangkan dan renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment